selamat datang ke azreyza90.blogspot.com

Sunday, October 31, 2010

kehidupan yang bahagia

assalamualaikum........

topik ari ni kat entri ' kehidupan yang bahagia"

semua orang impikan kehidupan yang bahagia.... n me too.....

tp bagaimanakah caranya untuk kita megecap kebahagiaan dalam kehidupan......

itu bergantung kepada diri kita sendiri.......






kadang kala lidah lagi tergigit ini kan pula kita....

bermacam-macam pergaduhan kita dengar dan akhirnya berlakunnya penceraian. ( bergegar tiang arasy tatkala mendengar cerai( aku agak aje la sebab Allah marah apabila berlakunya penceraian) 


makin takut aku mendengarnya... huuhuhuhu














aku harap sangat orang yang rapat dengan ku disekeliling ku akan menghadapi dugaan dengan sabar even pelbagai masalah yg timbul.... kekuatan kita adalah pada keimanan kita... gunakan ape sahaja yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.... Selamat Beramal......(",)

Friday, October 22, 2010

ketidaktenteraman hatiku...

hari ini hari jumaat 22/10/2010
tarikh memang dah lawa gler
lau wat tarikh nikah ni memang da cantik dah

hahahhaah perasan la pulak..hahha

tp kan yg sedih nyer aku duk sorang2 aje kat opis.. boring tahap gaban lak tu...... dah tu keje pembantu am pejabat aku yg kena buat.. amik surat hantar surat..ni pun sebab pembantu am pejabat aku cuti sebab wife dia dah bersalin..aduyai dah lah kat ofis ade 3ore je pekerjanya...ayoyoyo...... nk buat mcam na kan.. dah nama nya krja..huuhu memang kecian kan..hikhikhik bolok betol la aku ni....
ni dah menyimpang dr tajuk asal ni...aishhhhhhhhh


dah 3 minggu kot aku kepala aku ni da macam bleh dikatakan macam da xberapa nk betul..bangun pg2 mesti rasa sakit kepala..apesal erk....ermmmmm

2 3 menjak ni pula macam xsedap ati lg la..huhuu aku xtaw la benda ape nk jadi kat aku ni..ermmmm macam2 da.... huhuhuhuhu




 macam na erkk????


ermmmmmmm

Wednesday, October 13, 2010

AURAT WANITA - Dari Firman Allah s.w.t dan Hadis-Hadis Nabi Muhammad saw

AURAT? ape yang anda faham tentang aurat? aku terbaca post ni kat facebook.....so aku post la kat sini bagi ramai tahu walaupun da taw baca la jugak buat menambah ilmu  pengetahuan la katakan..hihihii kewajipan menutup aurat adalah WAJIB..... tp mengapa ada sesetengah masyarakat pada masa kini tidak menutup aurat? marilah kita sama-sama fikirkan nyer....SELAMAT BERFIKIR DAN MEMAHAMI MAKSUD AURAT............





1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.












Marilah kita sama-samalah beramal dan menuju ke jalan yang diredhai olehNya........